My heart beats while I’m leaning on your shoulders

Karangan Negaraku
Sunday 30 June 2013 | 0 comments

Assalamualaikum Cikgu Shofiyan..ni karangan yg cikgu bagi haritu..sori sbb lambat hantar blog ni.
apepon cikgu bacelah karangan yg x seberape ni..


Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum tersebut.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. 


Malah, hubungan antara kaum dapat dieratkan kerana dalam pemupukan nilai murni memang ditekankan perasaan saling hormat antara kaum. Semua kaum akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lain tanpa menimbulkan sebarang isu sensitif kepada kaum lain. Keadaan ini menjamin keadaan negara dalam suasana yang harmoni dan sesuai untuk pertumbuhan ekonomi. Orang memberi, kita berasa, orang berbudi, kita berbahasa.

Tambahan pula, imej negara akan terus dijulang oleh masyarakat antarabangsa. Rakyat negara ini akan dilihat sebagai masyarakat yang unik kerana moden tetapi mengekalkan budaya yang baik. Masyarakat juga masih mempunyai disiplin dan berperibadi mulia. Semua ini akan memberi satu tanggapan positif kepada negara kita. Rakyat kita akan dihormati di mana-mana tempat mereka berada.

Kesimpulannya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat orang tua, menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.